DAUN DURIAN BELANDA - Rawatan Alternatif Terbaik Masa Kini

Sedang mencari Daun Durian Belanda? Kini sudah ada alternatif terbaik dan termurah untuk mendapatkan khasiat Daun Durian Belanda tanpa perlu bersusah payah lagi.


Migrain

MIGRAIN??!



"Sakitnya kepala saya!!"
"Tak tahan sungguh sakit yang ditanggung"
"Jangan kacau saya!! Sakit kepala niiii....!!"




MARI KENALI MIGRAIN
--------------------------------
25% dari kalangan wanita menghidapi migrain manakala 10% dipihak lelaki.

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berterusan antara 4 hingga 72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan sebarang aktiviti rutin hariannya.

Namun begitu, menurut kajian yang dibuat, migrain tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius.

Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja. Namun, ia menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Biasanya, serangan migrainakan semakin berkurangan selepas umur 45 hingga 50 tahun.

Walaupun begitu, sesetengahnya mungkin akan terus diserang migrain dan tidak hilang seumur hidup mereka.

PUNCA MIGRAIN
------------------------
Migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain, saluran darah akan mengembang dan menguncup dengan cepat. Ini menyebabkan berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.

Migrain juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan.

Punca lain pula ialah :
• Terlalu banyak mengambil kafein
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
• Haid yang bermasalah
• Kekurangan zat dan nutrisi
• Kesan pengambilan ubat-ubatan

GEJALA MIGRAIN
--------------------

  • Sakit Kepala
Migrain biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai pesakit-pesakit penyakit migrain yang berbeza.


  • Aura
Kadang kala, seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran-pancaran cahaya di depan matanya.
Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 minit sebelum sakit kepala.


  • Faktor-faktor Lain
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migrain.

Migrain boleh berlaku lebih kerap jika adanya:
• Faktor ubat-ubatan : rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
• Faktor Psikologi : Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrain hujung minggu’ (weekend migraine).
• Faktor Makanan : alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya).
• Faktor Persekitaran : merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.
• Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid.


CARA RAWATAN
------------------------
Biasanya, migrain dapat dikurangkan sakitnya dengan memakan ubat tahan sakit. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid (ponstan), ibuprofen, diclofenac (voltaren), naproxen (synflex) dan sebagainya.

Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan dan mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Pesakit juga perlu berwaspada terhadap kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, seperti masalah gastrik dan alahan. Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan keju, coklat dan MSG.

Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa ubatan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani tekanan, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, sesetengah makanan/ minuman, stress dan kurang tidur.


TIPS MENGURANGKAN MIGRAIN
-----------------------------------------------

Berikut ada beberapa tips mengurangkan migrain.
• Rehat dan baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.
• Mandi. Biasakan diri untuk menyiram dari bahagian bawah tubuh terlebih dahulu dan bukannya terus menyiram kepala apabila mandi.
• Amalkan sujud setiap pagi. Boleh juga bersujud lama sedikit sewaktu solat Subuh. Apabila sujud, aliran dan pengedaran darah ke kepala akan lebih lancar.
• Banyakkan bersenam.
• Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
• Tidur yang mencukupi iaitu 8 jam sehari.
• Berfikiran positif untuk mengurangkan sakit kepala.
• Baring di atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
• Ambil sehelai tuala, masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
• Urut bahagian atas kening sehingga berasa lega sedikit.
• Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang. 

Rehatkan diri sebentar jika kerja pesakit memerlukan pesakit melihat skrin komputer dalam tempoh masa yang lama.


============================
GRAVIOLA bertugas memulihkan salur darah & saraf dengan membuang plak Aterosklerosis serta menganjalkan semula salur darah.

Dengan pulihnya salur darah yang bermasalah, sakit migrain juga dapat dipulihkan.

Minum GRAVIOLA 3 kali sehari agar sakit kepala dapat dipulihkan semula.

===========================

HARGA SEBOTOL GRAVIOLA
------------------------------------------







GRAVIOLA adalah ikhtiar termurah dan terbaik yang boleh didapati di pasaran. Minumlah dengan yakin!

==========================
HUBUNGI KAMI SEGERA
-----------------------------------


SILA KLIKLINK DI BAWAH

 SENARAI STOKIS 



Gunakan aplikasi WhatsApp untuk menghubungi kami. Kami akan berikan pelbagai info lanjut.

Tahniah kerana mencari ikhtiar bagi penyakit anda!!!

2 comments:


  1. Info yang menarik mengenai cara merawat sakit kepala migrain. Selain itu, penyakit migrain boleh dicegah sekiranya kita menjaga kesihatan kita dengan betul seperti mendapat rehat yang cukup, mengamalkan senaman rutin dan menjaga diet kita.

    ReplyDelete